PERKARA YANG PATUT DAN TIDAK PATUT DILAKUKAN KETIKA MELANCONG DI TURKI

 

Turki merupakan negara yang patut anda pergi.  Bandar ni paling mudah untuk melancong dan explore dan sebagai orang Islam, tidak perlu pening hal makanan kerana Turki adalah negara yang mempunyai majoriti rakyat Islam.

Turki juga merupakan negara yang sangat popular sebagai destinasi pelancongan. Boleh kata seluruh pelusuk Turki ada tempat untuk pelancong pergi dan lawati. Oleh itu, kami mencadangkan beberapa perkara yang anda patut dan tidak patut lakukan semasa berada di Turki.

 

  1. Muat turun aplikasi TRAFI

Aplikasi TRAFI akan memudahkan anda menggunakan kenderaan awam di Istanbul. Setiap negeri ada aplikasinya sendiri, tapi tidak semua negeri ada, biasanya bandar-bandar besar sahaja, contohnya Ankara, boleh muat turun EGO CEP’te.

  1. Kad TnG

Setiap negeri ada kad ‘TnG’ sendiri. Contohnya di Istanbul-istanbulkart, Antalya-ankarakart, mersin-mersin kentkart. Tapi, tidak semua negeri ada tram, dolmus dan metro. Contohnya di Isparta, kenderaan awam yang ada hanyalah Bas.

  1. Belajar Bahasa Turki

Mesti tahu asas Bahasa Turki bagi memudahkan urusniaga. Sekurangnya nombor dan ucapan seperti

Merhaba [Hai/Hello]

Teshekkurler [Terima kasih]

Rica ederim [Sama-sama]

Gule-gule [Selamat Tinggal]

Abla [Kakak]

Indirim [Diskaun]

Bedava [Percuma]

Kac lira [Berapa lira?]

  1. Tawar-Menawar

Membeli-belah terutamanya di Grand bazaar, anda wajib tawar menawar untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Jangan rasa berat untuk meminta diskaun kerana tawar menawar harga adalah budaya di Turki. Jadi jangan malu nak tawar harga barang sewaktu membeli belah di negara ini. Sebut saja indirim (diskaun) sambil lemparkan senyuman.

  1. Kad debit boleh digunakan

Tidak perlu menukar duit lira banyak-banyak di Malaysia. Tukar sekadarnya dulu sahaja pun boleh. Anda boleh menggunakan atm di Turki untuk keluarkan duit jika tidak mencukupi. Digalakkan bank Ziraat Bankasi kerana caj terendah berbanding bank lain. Di sana, penjual-penjual lebih suka pembayaran tanpa tunai. Jadi, sila bawa kad debit anda.

  1. Jangan lupa semak bayaran baki

Bila peniaga Turki beri baki tolong semak dulu. Jangan main jalan sahaja. Beberapa kes telah berlaku kepada para pelancong. Nanti peniaga tu cakap ‘tak perasan’ duit baki tidak cukup. Tetapi jika anda orang kaya nak sedekah apa salahnya.

  1. Jangan tahan kereta menggunakan tangan jika mahu melintas jalan

Tidak kira anda bawa stroller baby atau bawa orang tua pakai tongkat, jangan lintas jalan sebelum waktunya seperti di Malaysia. Jangan tunjuk tangan kononnya nak tahan kereta nak lintas jalan, silap-silap anda kena hon dan kena marah.

  1. Jangan berkaki ayam dari tempat wudhu ke tempat solat

Perkara yang biasa orang Malaysia buat. Orang Turki amat pentingkan kebersihan. Jika dah ambil wudhu kemudian jalan berkaki ayam ke dalam masjid, tu maksudnya kaki anda sudah kotor. Nanti kena marah dengan pakcik-pakcik Turki.

  1. Berhati-hati

Wajib berhati-hati dengan pickpockets terutama di dalam tram di Istanbul, metro dan dimana-mana sahaja kawasan tumpuan pelancong.

Begitu juga dengan scammer. Jangan ikut jika ada orang mengajak anda minum. Bila dah minum sama-sama anda akan diminta bayar.

Berhati-hati juga dengan peragut. Bila jalan-jalan di Bazaar di Istanbul, akan ada orang-orang mendekati anda nak jual buku, jaket dan macam lagi. Pernah jadi ada pelancong buka dompet depan orang-orang tu, kemudian orang tu tengok dompet penuh dengan duit USD, dia ambil duit tu dan lari.

  1. Datang ke lapangan terbang sekurang-kurangnya 3 jam sebelum jadual penerbangan.

Ataturk International Airport di Istanbul sangat sensitif dan ketat. Jika mereka dapat laporan atau dapati perkara yang mencurigakan, mereka akan tahan setiap kereta yang nak masuk airport. Akibatnya jalan jammed !

Pihak airline tidak akan bertanggungjawab jika anda terlewat disebabkan polis airport atau apa-apa alasan lain.

 


Jika anda berminat untuk sertai pakej ke Turki bersama Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd klik link di bawah untuk info yang lebih lanjut atau hubungi kami secara terus.

Pakej Turki 2022

Hubungi Kami

0 Komen

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen!

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.