Anda boleh mendapatkan servis atau produk seperti Simcard Telco luar negara, Visa dan Insurance yang ditawarkan di bawah dan berhubung sendiri dengan pihak penyedia tawaran. Kembara Sufi hanya sebagai pemudahcara sahaja urusan anda. Sebarang pertanyaan, masalah atau cadangan boleh terus berhubung dengan pihak penyedia tawaran.
Servis tambahan seperti jualan simkad telco, insurans, dan visa pelancong yang ditawarkan oleh Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd (KSTTSB) adalah semata-mata sebagai cadangan atau kemudahan kepada pelanggan. KSTTSB bukan penyedia utama servis atau produk tersebut, sebaliknya hanya bertindak sebagai perantara kepada penyedia servis yang berkenaan.
Sebarang urusan lanjut, pertanyaan, aduan atau isu berkaitan servis berkenaan hendaklah dikemukakan terus kepada pihak penyedia servis masing-masing. KSTTSB tidak bertanggungjawab atas sebarang perubahan, kelewatan, kegagalan atau masalah yang timbul daripada servis pihak ketiga tersebut.





































