Selamat datang ke laman web rasmi Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd.
Disini kami ada membuka pendaftaran sebagai ejen perlancongan untuk anda jana pendapatan tambahan bersama-sama kami di Kembara Sufi Travel & Tours.
Sehingga kini, kami mempunyai lebih dari 100 ejen yang berdaftar dengan kami dan kami ingin menjemput anda untuk menyertai team kami.
Anda hanya perlu memasarkan pakej percutian di platform masing-masing dan mengambil tempahan daripada pelanggan.
Selebihnya akan diuruskan oleh Kembara Sufi seperti penyediaan bukti pembayaran, sebut harga, surat-menyurat, dokumen sokongan, perjumpaan mesyuarat, pengurusan percutian dan sebagainya.
Anda tidak terikat dengan waktu pejabat sebab anda bole buat secara ‘part-time’ atau ‘full-time’.
Anda sendiri yang tentukan masa anda untuk buat pemasaran dan mencari tempahan pelanggan.
Jana pendapatan melalui pakej percutian dan jumlah penyertaan.
Slip komisen turut disediakan sebagai dokumen sokongan sekiranya ejen memerlukan pinjaman perumahan, kenderaan, amanah saham dan sebagainya dengan mana-mana bank tempatan.
Bahan pemasaran online, copywriting, group Telegram dan Whatsapp disediakan percuma.
Sekiranya perlu dan ada permintaan, bahan pemasaran offline turut diberi seperti poster, brochure, flyers, roll up bunting dan sebagainya (tertakluk kepada kos yang perlu ditanggung oleh ejen).
Perkongsian pengalaman, strategi dan teknik jualan dari ejen berpengalaman dan tour leader.
Diadakan secara online melalui aplikasi Zoom atau Google Meet dan kelas secara bersemuka turut diadakan.
Baucar, hadiah, tajaan percutian percuma, tajaan umrah percuma dan banyak lagi sebagai anugerah pencapaian jualan terkumpul.