HARI 1 - KUALA LUMPUR - HAT YAI
Bergerak dari Shah Alam pada jam 9 malam. Dijangka tiba di sempadan Padang Besar pada keesokan hari jam 5 pagi. Menunaikan solat Subuh di masjid berdekatan dan persiapan diri
HARI 2 - HAT YAI (MT)
Sarapan di restoran (Perbelanjaan Sendiri). Urusan di sempadan diuruskan oleh Tour Leader bertugas. Seterusnya ke kota Hat Yai, bandar keempat terbesar di negara Thailand yang terletak di wilayah Songkhla. City Tour Hat Yai sebelum ke Big Bee Farm. Melawat pusat penjualan madu terkemuka di Thailand. Seterusnya membeli belah di Kedai Gajus, barangan kulit di Nora Plaza, dan Simcarre Outlet. Makan tengah hari di restoran halal, kemudian daftar masuk hotel di tengah bandar Hat Yai.
Seterusnya bergerak ke Chang Puak Camp yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti menaiki gajah, menunggang ATV, bergambar dengan singa putih dan banyak lagi. Seterusnya bergerak ke Khlong Hoe Floating Market yang terkenal menjual pelbagai jenis makanan. Makan malam disitu kemudian pulang ke hotel. Pada waktu malam, aktiviti bebas untuk membeli belah di Asean Night Market dan Lee Garden Plaze.
HARI 3 : HAT YAI - SONGKHLA (SP/MT)
Sarapan di restoran halal. Terus bergerak menuju Songkhla. Melawat Tan Kuan Hill yang merupakan kawasan tertinggi di Songkhla. Seterusnya melihat keindahan Samilla Beach yang terkenal dengan Tugu Ikan Duyung. Menaiki trem car mengelilingi kota lama Songkhla sebelum bergerak ke restoran tempatan (steamboat) untuk makan tengahari. Seterusnya bergerak ke Masjid Pusat Songkhla yang dikenali sebagai Taj Mahal Songkhla. Membeli belah di Kim Yong Market. Pulang ke hotel. Di sebelah malam, aktiviti bebas untuk membeli belah di Asean Night Market atau Lee Garden Plaza
HARI 4 : DANOK - KUALA LUMPUR (SP)
Sarapan di restoran halal. Seterusnya bergerak ke Danok untuk membeli belah. Selesai membeli belah, bergerak pulang ke Malaysia