ANTARA NEGARA YANG DILAWATI :
ANTARA BANDAR YANG DIKUNJUNGI :
PAKEJ TERMASUK :
Pakej Tidak Termasuk :
HARI 1 : MALAYSIA
Bertolak dari KLIA ke Milan
HARI 2 : MILANO (SP/MM)
Tiba di Milano. Berjumpa dan berkenalan dengan pemandu pelancong. Lawatan ke bandar (dari dalam bas) dan lawatan sambil berjalan bermula dari Sforza Castle sehingga ke Duomo Cathedral. Masa lapang untuk shopping di sekitar Galleria Vittorio Emanuelle II. Bertolak ke Venice. Makan malam di hotel. Bermalam di Venice.
HARI 3 : VENICE (SP/MM)
Menaiki bot peribadi melalui Venetian Lagoon ke San Marco Square di Venice. Masa lapang sehingga pukul 1 petang di Pulau Venice. Kembali ke bas untuk makan tengahari. Bertolak ke Zagreb. Makan malam di hotel. Bermalam di Zagreb.
HARI 4 : ZAGREB (SP/MM)
Lawatan di sekitar bandar Zagreb bersama pemandu pelancong tempatan. Masa lapang untuk membeli belah. Lawatan ke Pusat Islamik di Zagreb, menikmati makan tengahari dan bergerak ke Plitvice Lakes. Pada lewat petang, tiba di Bihac, Bosnia & Herzegovina. Makan malam di hotel. Bermalam di Bihac
HARI 5 : BIHAC (SP/MM)
Bertolak ke Jajce dan melawat "Water Mill" . Kemudian lawatan diteruskan ke Ottoman Town di Travnik. Waktu lapang untuk makan tengah hari dan solat. Bertolak ke Sarajevo. Makan malam di hotel. Bermalam di Sarajevo.
HARI 6 : SARAJEVO (SP/MM)
Lawatan di sekitar bandar Sarajevo. Bertolak ke Mostar. Lawatan sekitar bandar Mostar. Masa lapang untuk aktiviti bebas. Makan malam di hotel dan bermalam di Mostar.
HARI 7 : DUBROVNIK (SP/MM)
Bergerak ke Dubrovnik. Lawatan di bandar Dubrovnik untuk melihat pemandangan panorama dan landskap yang indah. Aktiviti bebas untuk makan tengahari dan solat di masjid Bandar Lama Dubrovnik. Tiba di Kotor dan melawat bandar Kotor. Masa lapang di Bandar Lama. Tiba di Budva. Makan malam di hotel dan bermalam di Budva.
HARI 8 : BUDVA (SP/MM)
Bertolak ke Tirana. Lawatan di sekitar bandar Tirana. Masa lapang untuk solat dan makan tengahari. Teruskan lawatan ke Tasik Ohrid. Menginap di Ohrid dan makan malam di hotel.
HARI 9 : OHRID (SP/MM)
Lawatan pada waktu pagi di sekitar bandar Ohrid. Masa lapang untuk aktiviti bebas di bandar lama Ohrid. Bertolak ke Skopje. Lawatan ke bandar Skopje. Masa lapang untuk makan tengahari dan solat. Seterusnya bertolak ke Sofia. Makan malam di hotel dan bermalam di Sofia.
HARI 10 : SOFIA (SP/MM)
Lawatan di sekitar bandar Sofia. Melawat Masjid Banya Bashi dan tapak arkeologi Roman dari abad ke-4 selepas Masihi. Masa lapang untuk membeli belah. Bertolak ke Istanbul. Makan malam di hotel. Bermalam di Istanbul
HARI 11 : ISTANBUL (SP/MM)
Lawatan di sekitar Istanbul bersama pemandu pelancong tempatan. Melawat Istana Topkapi atau Hagia Sophia. Masa lapang untuk membeli belah di Grand Bazaar. Kembali ke hotel untuk makan malam dan bermalam.
HARI 12 : ISTANBUL (SP)
Aktiviti bebas sehingga waktu bertolak ke airport. (Transit bergantung kepada jenis penerbangan) Bergerak pulang ke Malaysia.
HARI 13 : MALAYSIA
Tiba di KLIA