Dalam Surah An-Nisa’ ayat 83, Allah SWT berfirman :

وَإِذَا جَآءَهُمْ أَمْرٌ مِّنَ ٱلْأَمْنِ أَوِ ٱلْخَوْفِ أَذَاعُوا۟ بِهِۦ ۖ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى ٱلرَّسُولِ وَإِلَىٰٓ أُو۟لِى ٱلْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ ٱلَّذِينَ يَسْتَنۢبِطُونَهُۥ مِنْهُمْ

Maksudnya : “Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada – “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka…” 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sebelum kami mengulas lanjut mengenai pertanyaan daripada pelanggan yang kami sayangi, perlu untuk kami maklumkan bahawa anda seperti keluarga kami sendiri untuk dijaga dan diberi khidmat terbaik.

Ada beberapa persoalan yang seringkali ditanya oleh pelanggan berikutan penularan mengenai isu Coronavirus atau COVID-19 dan apakah pendirian dan tindakan yang pihak Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd dapat berikan. Antara soalan yang sering ditanya seperti berikut :

SOALAN & JAWAPAN

Saya nak batalkan trip boleh? atau nak tunda tarikh trip?

Jika atas permintaan pelanggan sendiri, pihak kami boleh batalkan trip serta merta tetapi tindakan ini akan akibatkan semua pihak menanggung kerugian kerana bayaran tempahan tidak akan dapat refund. Perkara ini dijelaskan dalam Terma & Syarat kami di Seksyen 4.

Namun agensi pelancongan, peranan kami membantu pelanggan buat keputusan yang bijak dan terbaik. Bagi tujuan refund atau penundaanpihak kami perlu berhubung dengan airlines, ground lawatan dan hotel di luar negara terlebih dahulu. Mereka mempunyai terma dan syarat mereka sendiri.

Jika pembatalan atau penundaan dari pihak pelanggan sendiri dan bukan dari pihak mereka, maka pelanggan akan menanggung kerugian yang besar kerana kebarangkalian tinggi airlines, ground & hotel tidak dapat membuat refund jika mengikut terma dan syarat mereka.

Maka, pihak kami akan berhubung dengan pihak airlines, ground dan hotel dulu bagi mendapatkan maklumbalas tentang jumlah refund dan caj terlibat serta dapatkan beberapa pilihan lain.

Antara pilihan yang ada bergantung kepada tawaran daripada airlines, ground atau hotel negara lawatan adalah ;

1. Tiket flight tidak boleh refund kecuali airport tax sahaja

2. Jika buat pertukaran tarikh caj yang dikenakan sama ada percuma atau ada sedikit caj dari airlines

3. Hotel di negara lawatan biasanya tidak akan membuat refund kerana mengikut terma dan syarat mereka, lebih-lebih lagi bila pihak kerajaan mereka tidak menghalang kemasukan pelancong ke dalam negara atas faktor masih selamat untuk dilawati.

Jika kerajaan mereka sendiri yang halang, kita perlu ikut tawaran dan ketetapan dari pihak kerajaan dan ground negara lawatan kepada kita. Mereka pun akan jaga kepentingan kita kerana dah lama berurusan dengan kami.

4. Sekiranya ada, pihak hotel memberikan peluang untuk pertukaran tarikh tempahan kepada tarikh yang baru mengikut terma dan syarat mereka sama ada secara percuma, sedikit caj atau dengan bayaran penuh umpama tempahan baru.

Kita kena ingat perkara ini bukan melibatkan syarikat kami dan tuan puan sahaja, tapi dengan banyak pihak.

Masalah ini berlaku kepada semua orang dan agensi pelancongan. Sebab kita berurusan dengan airlines, flight & hotel di luar negara dan mempunyai terma dan syarat tertentu. Mereka juga tidak boleh buat keputusan kerana perlu bawa ke pihak pengurusan mereka dulu.

Pihak kami bukan mementingkan diri sendiri, dan kami buat untuk kepentingan semua pihak namun memerlukan masa.

Jika pentingkan diri sendiri, kami boleh batalkan terus trip ini tanpa memikirkan untung dan rugi sesiapa. Kami tidak lepas tangan malah kami mencuba untuk buat yang terbaik. Walaupun ada peserta membuat andaian kononnya syarikat tak ambil tahu dan tak ambil berat.

Justeru, kami cuba untuk berbuat yang terbaik dan minta sokongan daripada tuan puan dan beri masa kepada syarikat utk menangani masalah ini secara berperingkat demi kebaikan anda semua.

Sejauh manakah jaminan keselamatan kesihatan peserta-peserta ke negara lawatan berkaitan penularan virus COVID-19?

Kami sentiasa mengambil langkah kawalan dan berhati-hati untuk semua trip yang kami bawa. Jaminan keselamatan sama sebagaimana di Malaysia dan seluruh dunia. Act of God adalah di luar kawalan dan jaminan kami. KepadaNya kita semua berusaha dan bertawakkal. Kami usaha berikan khidmat terbaik kepada semua pelanggan.

Sebarang perkara mengenai jaminan adalah terhad kepada perkara yang dipersetujui dan tertakluk di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 Seksyen 5, Perkara 5.5 serta Terma & Syarat kami dari Seksyen 1 sehingga Seksyen 7.

Kes di beberapa negara lawatan sedang melonjak naik dari masa ke semasa. Bagaimana dengan sekatan perjalanan di negara-negara berkenaan?

Kami memantau lebih 50 status negara lawatan berkaitan isu keselamatan setiap hari.

Perlu untuk difahami, penetapan status keselamatan negara lawatan semuanya tertakluk kepada makluman rasmi negara lawatan, syarikat penerbangan dan kerajaan Malaysia sendiri mengenai status negara tersebut.

Sekiranya pihak kami mengatakan trip masih berjalan seperti biasa adalah kerana tiada halangan rasmi daripada kerajaan negara lawatan, syarikat penerbangan atau kerajaan Malaysia sendiri.

Perkara ini juga anda perlu merujuk Akta Industri Pelancongan Seksyen 5 Perkara 5.5

Sekiranya pembatalan dibuat tanpa kenyataan rasmi daripada pihak tersebut, semuanya tertakluk kepada Terma dan Syarat Pembatalan Perkara 4 . Jika ada info terkini tentang status negara lawatan, kami akan segera hubungi pelanggan secara berperingkat tentang pilihan yang mereka dapat daripada pihak kerajaan negara lawatan, syarikat penerbangan serta ground negara lawatan.

Saya difahamkan insuran perjalanan pelancongan tidak meliputi kes COVID-19. Sekiranya keberadaan peserta didapati dijangkiti COVID-19 di negara lawatan, apakah langkah-langkah keselamatan kesihatan yang Kembara Sufi akan ambil?

Anda boleh merujuk semula kontrak Terma dan Syarat Seksyen 1 hingga 7 berkaitan servis yang kami berikan untuk ketahui sejauh mana limitasi servis yang boleh kami berikan kepada pelanggan.

Walaupun pelanggan berada di Malaysia juga masih berpotensi untuk dijangkiti dan di bawah tanggungjawab sendiri. Boleh rujuk Akta Industri Pelancongan Seksyen 12.

Kami tidak boleh memberi jaminan nyawa dan keselamatan pelancong kerana kami tertakluk kepada had limitasi servis yang dinyatakan dalam kontrak terma & syarat yang telah dipersetujui sahaja. Boleh lihat di sini mengenai prosedur rasmi sekiranya berlaku kecemasan.

Agensi pelancongan hanya pemudah cara yang menguruskan dan bertanggungjawab untuk perkara yang tertakluk dalam Terma dan Syarat yang dipersetujui sahaja.

Kebiasaannya, kami akan membantu pelanggan sedaya mampu dan sebaik mungkin kes yang melibatkan kemalangan atau kecemasan yang berlaku hingga selesai antaranya merujuk kepada pihak kedutaan dan kementerian kesihatan di negara lawatan. In shaa Allah

Jika peserta masih ingin meneruskan perjalanan percutian (jumlah kes COVID 19 menular di kawasan pelancongan), Apakah hak-hak peserta yang perlu peserta ketahui dari segi kesihatan, keselamatan, lapangan terbang, kawasan lawatan dan lapangan?

Hak-hak pelanggan adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat dari Seksyen 1 hingga 7 dan pihak syarikat hanya dibenarkan bertanggungjawab untuk perkara dipersetujui sahaja mengikut Akta Industri Pelancongan.

Namun, kami sentiasa mengambil langkah proaktif dengan kerjasama agensi negara lawatan untuk semua prosedur keselamatan dan penjagaan kesihatan sebagaimana yang sepatutnya. Langkah kawalan pencegahan dan keselamatan juga dikongsi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di sini.

Kami menasihatkan pelanggan membuat pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital kerajaan dan membawa laporan kesihatan bersama sekiranya diperlukan sepanjang perjalanan.

Selebihnya boleh rujuk terma dan syarat serta Akta Industri Pelancongan Seksyen 11 berkaitan tanggungjawab agensi pelancongan dan hak pelanggan termasuk hal berkaitan Visa, tiket penerbangan dan kawalan melepasi sempadan.

Jika peserta tidak mahu meneruskan perjalanan, apakah hak-hak yang pelanggan boleh tuntut? Pemulangan wang? Tiket penerbangan? Tundaan penerbangan?

Hak-hak pelanggan adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Seksyen 1 hingga 7 atau kontrak yang dipersetujui sahaja. Sekiranya mendapat makluman larangan dari negara lawatan atau syarikat penerbangan, semuanya tertakluk kepada tawaran pilihan yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan dan ground negara lawatan.

Kami perlu berhubung dengan kedutaan, pihak syarikat penerbangan, agensi negara lawatan, ground serta semua yang terlibat untuk membuat keputusan mengenai hak dan tuntutan yang boleh dibuat oleh pelanggan.

Sekiranya ada makluman rasmi, kami akan segera maklumkan kepada pelanggan mengenai tuntutan yang boleh dibuat mengikut terma dan syarat syarikat penerbangan, hotel dan ground negara lawatan yang mereka tetapkan.

Apa yang mereka boleh berikan sebagai pilihan sama ada pembatalan dengan pemulangan wang tempahan atau tidak, pindaan tarikh penerbangan dan trip dengan caj atau tidak, dan berapa peratus pemulangan yang boleh diperoleh daripada ground atau tidak.

Sebarang pembatalan yang dibuat tanpa larangan rasmi dari mana-mana pihak kerajaan negara lawatan, Malaysia atau mana-mana agensi berkaitan adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Pembatalan Pakej Perkara 4 sebagaimana dinyatakan dalam perjanjian atau kontrak tempahan.

Agensi pelancongan, kami sebagai pemudah cara dan kami sentiasa berusaha berikan servis khidmat terbaik kepada pelanggan. Nasihat kami, pelanggan perlu menunggu keputusan rasmi semasa negara lawatan dan agensi terlibat sebelum membuat apa-apa andaian dan keputusan bagi mengelakkan kerugian secara total atau dikenakan caj perkhidmatan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan dan dipersetujui.

Jika membuat penjadualan semula penerbangan, adakah dikenakan sebarang caj?

Berkaitan penjadualan semula penerbangan perlu dilihat sumber daripada siapa, sama ada dari pelanggan sendiri atau agensi pelancongaan atau agensi penerbangan atas beberapa faktor.

Sila rujuk Akta Industri Pelancongan Seksyen 3 Perkara 3.2.3

Sekiranya penjadualan semula penerbangan adalah daripada pihak agensi pelancongan kebiasaannya akan melibatkan perundingan dan persetujuan antara pelanggan dan agensi pelancongan. Sekiranya bersetuju untuk pindaan tarikh atas faktor-faktor tertentu, sekiranya melibatkan penambahan caj akan ditanggung bersama atau salah satu bergantung kepada budi bicara perbincangan.

Sekiranya penjadualan semula penerbangan adalah daripada airlines sendiri, caj yang dikenakan bergantung kepada tawaran daripada pihak airlines sama ada dengan penambahan caj atau penjadualan semula penerbangan tanpa sebarang caj dikenakan. Tertakluk kepada terma dan syarat semasa.

Manakala penjadualan semula penerbangan daripada pihak pelanggan sendiri, perlu merujuk kepada Terma dan Syarat tempahan pakej yang dipersetujui dengan kami di Seksyen 4 atau merujuk Akta Industri Pelancongan Seksyen 2

Jika membuat penjadualan semula trip ke tarikh lain, tetapi isu COVID-19 ini masih berlaku macam mana?

Setiap keputusan yang pihak kami buat adalah berkait rapat dengan arahan rasmi dari negara lawaran kerajaan Malaysia sendiri, airlines dan ground.

Buat masa ini keputusan penundaan bergantung kepada tawaran daripada semua pihak tersebut sama ada dengan caj tamabahan atau tanpa caj tambahan.

Jika selepas penundaan tarikh trip dibuat pada masa akan datang dan keadaan masih sama, maka kami dan kita semua perlu mengikut ketetapan daripada semua pihak terlibat bagi menentukan status trip dan penerbangan ketika itu.

Buat masa ini, cadangan kami peserta ikut saja tawaran terbaik daripada pelbagai pihak untuk elakkan kerugian dan utamakan kesihatan diri. Sekiranya ada pindaan pada masa akan datang, rundingan semula akan dibuat.

Namun peserta masih berhak menarik diri atau membatalkan tempahan, tetapi perlu bersedia dengan caj dan kerugian yang mungkin ditanggung jika keputusan dibuat atas permintaan sendiri.

Adakah bayaran untuk tempahan ground lawatan boleh dituntut jika trip terpaksa dibatalkan?

Bayaran ground melibatkan tempahan bagi sepanjang trip untuk penginapan, pengangkutan, makanan, tempat lawatan, cukai dan beberapa perkara berkaitan.

Kebiasaannya bayaran ground  telah dibayar awal kepada agensi negara lawatan terutamanya musim dan waktu puncak (peak season) bagi memastikan pelanggan mendapat akses tempat lawatan nanti.

Segala tempahan yang berkaitan agensi negara lawatan adalah tertakluk kepada Terma & Syarat mereka sendiri. Jumlah tuntutan bagi pembatalan ground  juga bergantung kepada pihak agensi negara lawatan.

Terma dan syarat pembatalan ini juga bergantung kepada sebab sama ada faktor persendirian pelanggan, darurat, bencana alam atau penularan virus seumpamanya. Sila rujuk Akta Industri Pelancongan Seksyen 2, 3 dan 4.

Pihak kami juga tertakluk kepada terma dan syarat yang mereka tetapkan termasuk jumlah tuntutan yang boleh dibuat mengikut rundingan dan budi bicara pihak mereka. Namun kami sentiasa berusaha mendapatkan sebanyak mungkin jumlah tuntutan menerusi rundingan sekiranya boleh.

Jika pulang dari trip percutian dan disahkan dijangkiti COVID-19, apakah tindakan Kembara Sufi?

Anda boleh merujuk semula kontrak Terma dan Syarat Seksyen 1 hingga 7 berkaitan servis yang kami berikan untuk ketahui sejauh mana limitasi servis yang boleh kami berikan kepada pelanggan. Boleh rujuk Akta Industri Pelancongan bermula Seksyen 1 hinga Seksyen 12.

Kami tidak boleh memberi jaminan nyawa dan keselamatan pelancong tidak akan dijangkiti apa saja virus selepas percutian kerana kami tertakluk kepada had limitasi servis yang dinyatakan dalam kontrak terma & syarat yang telah dipersetujui sahaja. Meski pun pelanggan dijangkiti COVID-19 walaupun tidak mengikuti percutian kami. Boleh lihat di sini mengenai prosedur rasmi sekiranya berlaku kecemasan.

Kebiasaannya, kami akan membantu pelanggan sedaya mampu dan sebaik mungkin kes melibatkan kemalangan atau kecemasan yang berlaku hingga selesai. Kami juga akan mengikut segala garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan sama ada dari Malaysia sendiri atau di luar negara.

Jika pulang dari trip percutian dan dikuarantin oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, apa tindakan daripada Kembara Sufi?

Sekiranya pelanggan dikuarantin oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia selepas pulang daripada trip percutian bersama kami, semuanya adalah di bawah tanggungjawab pelanggan sendiri sebagaimana tertakluk di dalam Akta Industri Pelancongan Seksyen 5.

Agensi pelancongan hanya bertanggungjawab untuk servis yang ditawarkan sahaja. Namun kami sentiasa mengambil berat keadaan pelanggan kami dan bantu apa yang termampu dari masa ke semasa.

Jumlah refund kenapa ada yang dapat penuh dan kenapa ada yang dapat separuh?

Jumlah refund adalah bergantung kepada ketetapan daripada pihak agensi penerbangan dan ground. Bagi tiket penerbangan tertakluk kepada Terma dan Syarat yang ditetapkan dan perlu dilihat ianya permintaan daripada pihak siapa dan kenapa.

Jika pembatalan dari pihak pelanggan sendiri tanpa arahan rasmi dari negara lawatan, kerajaan Malaysia dan agensi penerbangan akan menyebabkan pelanggan kerugian tiket secara total. Sekiranya membuat penukaran tarikh penerbangan adalah tertakluk kepada caj daripada agensi penerbangan.

Sekiranya pembatalan, penundaan penerbangan daripada agensi penerbangan sendiri adalah tertakluk kepada ketetapan Terma & Syarat mereka sama ada memberi refund penuh, separuh atau tanpa sebarang caj tambahan sekiranya membuat penundaan tarikh penerbangan.

Manakala bagi jumlah refund ground pula bergantung kepada Terma & Syarat agensi negara lawatan sama ada tidak memberi pemulangan jumlah penuh atau memberikan sedikit peratusan daripada jumlah bayaran. Bergantung kepada keadaan dan keperluan semasa.

Tunda tarikh lawatan ke tahun 2021, boleh?

Jika penundaan trip daripada pihak pelanggan sendiri, pelanggan wajib mengikut Terma dan Syarat Seksyen 4 yang ditetapkan dan pihak kami akan memaklumkan caj yang terlibat sekiranya ada penambahan. Misalnya bermula tahun 2021, lawatan ke negara Eropah akan mewajibkan Visa untuk masuk ke negara-negara lawatan di sana.

Jika penundaan adalah daripada agensi penerbangan sendiri adalah tertakluk kepada ketetapan semasa pihak mereka sama ada penundaan tanpa caj atau dengan caj tambahan.

Kami minta refund dalam tempoh 45 hari kenapa tidak dapat full refund?

Bagi tujuan refund tertakluk kepada Terma dan Syarat bersama kami. Namun berkaitan tiket penerbangan adalah bergantung kepada Terma dan Syarat airlines terlibat, kebiasaannya bagi tujuan refund  ini agak mengambil masa dari pihak airlines. Pihak kami akan membantu sedaya yang mampu selebihnya tertakluk kepada Akta Industri Pelancongan Seksyen 3.2.3.

Refund  bagi ground (penginapan, pengangkutan, tiket lawatan dan lain-lain) adalah bergantung kepada pihak agensi luar negara sama ada pelanggan akan dapat full refund, 50% atau tidak mendapat langsung. Mana-mana agensi pelancongan juga tertakluk kepada terma dan syarat yang sama.

Pihak majikan bekukan atau cancel cuti, boleh minta refund?

Sebarang pembatalan daripada pihak pelanggan sendiri adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tertakluk kepada Terma dan Syarat Seksyen 7.1 Tentang Larangan/Blacklist yang dipersetujui serta Akta Industri Pelancongan Seksyen 5.

Pelanggan perlu berbincang sendiri dengan majikan untuk tindakan selanjutnya.

Saya nak full refund, tapi belum buat bayaran penuh. Boleh?

Syarat untuk mendapat full refund selepas penolakan caj pengurusan adalah bagi yang telah membuat full payment terlebih dahulu. Boleh rujuk Perkara 4 dalam Terma dan Syarat kami yang pelanggan telah persetujui apabila membuat bayaran deposit sebelum ini.

Serta Akta Industri Pelancongan Perkara 3 (3.2.3) dan Perkara 4 (4.2.1 – 4.2.2)

Kebiasaannya, selepas peserta membuat bayaran deposit, duit tersebut telah digunakan untuk booking seats penerbangan bagi mendapatkan harga promosi termurah ketika itu serta bayaran booking untuk ground. Semua ini termasuk dalam caj pentadbiran.

Jika trip diteruskan, apabila sampai ke destinasi negara lawatan isytihar darurat, penutupan sempadan atau sangkut di negara transit.

Pelanggan perlu merujuk kepada Akta Industri Pelancongan Seksyen 5.1 Penolakan Kemasukan

Pihak kami hanya akan bertanggungjawab untuk perkara yang dipersetujui dalam kontrak Terma dan Syarat Seksyen 1 hingga 7 yang ditetapkan sahaja. Namun kami akan membantu pihak pelanggan sebaik mungkin bagi menyelesaikan masalah yang berlaku sedaya mampu kami. In shaa Allah.

Apa jaminan tentang kesihatan jika bercuti dan sakit di negara lawatan

Pelanggan perlu merujuk kepada Akta Industri Pelancongan Seksyen 5 serta Terma dan Syarat Seksyen 1 hingga 7 dengan pihak kami tentang limitasi tanggungjawab agensi pelancongan dalam membantu mengurusakan percutian bagi pihak pelanggan.

Kesihatan dan keselamatan di bawah tanggungjawab pelanggan sendiri dari kami sekadar membantu menjaga mengikut kadar yang dibolehkan sebaik mungkin. Kami juga tidak dapat berikan jaminan walaupun pelanggan berada di Malaysia. Pelanggan adalah digalakkan mewajibkan diri mengambil travel insurance sebelum melancong ke luar negara.

Adakah keuntungan menjadi keutamaan semata-mata Kembara Sufi?

Kami juga mempunyai keluarga yang pergi melancong dan mengalami nasib yang sama. Kami juga risau sebagaimana pelanggan dan keluarga mereka. Keuntungan ini atas urusniaga sahaja namun bukan dalam isu nyawa dan kemanusiaan.

Pihak kami hanya dibenarkan bertanggungjawab ke atas perkara yang terkandung di dalam Akta Industri Pelancongan dan Terma dan Syarat syarikat sahaja yang dipersetujui oleh pelanggan sendiri ketika membuat bayaran deposit tempahan serta bayaran penuh (jika ada).

Tindakan meneruskan atau membatalkan trip percutian adalah dibawah pilihan pelanggan sepenuhnya. Peranan kami sebagai pemudah cara dan membantu pelanggan membuat keputusan terbaik dengan menguruskan tempahan dan wakil perhubungan dengan semua agensi dan kedutaan yang terlibat.

Hal ini penting untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar di pihak pelanggan sendiri sekiranya membatalkan tempahan dan mengikut Terma & Syarat seperti biasa tanpa arahan rasmi daripada agensi yang terlibat. Pihak kami sendiri kerugian jutaan ringgit.

Rakan niaga kami sudah beratus tutup syarikat dan ribuan kakitangan syarikat agensi pelancongan telah kehilangan kerja akibat ujian penularan COVID-19 yang berlaku ini. Kami usaha berikan yang terbaik untuk semua pihak.

KONKLUSI

In shaa Allah, peranan kami adalah membantu pelanggan membuat keputusan yang terbaik dalam merancang percutian anda dan dalam menghadapi isu yang berlaku melibatkan percutian yang telah dirancang bersama kami.

Masih ada trip yang masih diteruskan seperti biasa seperti mana telah dinyatakan di dalam soal jawab di atas faktor-faktor rasmi tertentu yang melibatkan banyak pihak.

Bersamalah kita mendoakan agar semua ini kita berjaya atasi sebaik mungkin dan dihindari daripada sebarang penyakit dan bencana. Semoga kita dikurniakan percutian yang selamat, seronok dan memuaskan.

 

Terus Memberi Khidmat,
Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan pertanyaan, hubungi kami dengan mengisi borang di bawah.