Menu

TEMPAHAN

Langkah-langkah untuk membuat tempahan pakej :

1- Berikan maklumat lengkap mengenai pakej yang ingin ditempah seperti destinasi dan cadangan tarikh yang ingin dilawati dan berapa bilangan dewasa dan kanak-kanak.

2- Berikan nama penuh, no.kad pengenalan/tarikh lahir, no.passport dan tarikh tamat passport semua peserta yang terlibat

3- Berikan nama penuh, no.telefon yang mudah dihubungi beserta alamat emel bagi person in charge

4- Langkah seterusnya, akan dimaklumkan melalui emel yang akan diterima nanti.

 

Terma dan Syarat

1. Deposit Pelancongan

Deposit maksimum sebanyak 25% daripada tambang pelancongan setiap orang mesti dibayar sebagai fi penempahan. Bakinya atau bayaran penuh mesti dibuat dalam masa 45 hari sebelum tarikh berlepas bagi pakej pelancongan berkumpulan. Kegagalan untuk mematuhi kehendak ini boleh mengakibatkan pembatalan penempahan dan pelucutan deposit.

2. Caj Pindaan

Apabila pengesahan pelancongan sudah dibuat, tiada perubahan kepada tempahan boleh dibuatkan dalam masa 14 hari sebelum tarikh berlepas. Walaubagaimanapun, apa-apa permintaan daripada mana-mana anggota untuk membuat apa-apa perubahan supaya dapat pulang lebih awal atau kemudian daripada kumpulannya, tertakluk kepada syarat masing-masing syarikat penerbangan. Perubahan seluruh tempahan merupakan tempahan asal.

3. Caj Pembatalan Bagi Pembatalan Yang Dibuat Oleh Anggota Pelancongan

3.1 Pembatalan tempahan perlu mesti secara bertulis untuk mengelakkan salah faham. Jika syarikat menerima notis untuk membatalkan tempahan itu 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, penalti minimum sebanyak RM300.00 seorang akan dikenakan.

3.2 Sekiranya tiket penerbangan telah dibeli, DEPOSIT TIDAK AKAN DIPULANGKAN, dan peserta perlu membuat bayaran berdasarkan harga tiket sebenar kepada Kembara Sufi beserta bayaran penalti pembatalan trip RM300 seorang.

3.3 Dasar pembatalan syarikat penerbangan masing-masing bagi promosi tambang istimewa hendaklah terpakai sebagai tambahan kepada caj pembatalan. Catatan : Tiket kapal terbang adalah terhad dan tertakluk kepada Terma dan Syarat Syarikat Penerbangan. Ia mungkin tidak boleh diendorskan, tidak boleh dikeluarkan semula, tidak boleh diberi bayaran balik dan tidak boleh dipindahkan laluan. Sebarang pemindaan kepada laluan atau pertukaran tarikh perjalanan adalah atas risiko beliau sendiri. Syarikat atau ejen bersekutunya tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerumitan yang timbul dan perbelanjaan tambahan yang tertanggung.

4. Pembatalan Oleh Syarikat

4.1 Syarikat berhak membatalkan pelancongan jika berlaku bencana alam, perang, mogok, rusuhan atau arahan Kerajaan Malaysia yang di luar kawalan syarikat.

4.2 Syarikat hendaklah mengesyorkan pelancongan alternatif, sebaiknya ke destinasi yang sama atau pelancongan lain. Sekiranya penumpang memutuskan untuk tidak menerima pelancongan alternatif itu, semua wang yang telah dibayar akan dipulangkan kepada penumpang selepas ditolak fi pentadbiran yang kena dibayar.

5. Dokumen Perjalanan

5.1 Tanggungjawab Anggota Pelancongan

       Anggota pelancongan mestilah mempunyai :

(a) passport antarabangsa atau dokumen perjalanan diiktiraf yang lain yang sepatutnya sah bagi tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kepulangan ke negara asal ;

(b) visa yang perlu dan perakuan vaksinasi dan kesihatan yang dikehendaki oleh pelbagai pihak berkuasa negara yang hendak dilawati.

5.2 Tanggungjawab Syarikat

       Syarikat mengaku janji untuk :

       (a) menasihati anggota pelancongan mengenai dokumen yang diperlukan

       (b) mana-mana mungkin, syarikat akan membantu penumpang untuk memperoleh visa yang   sesuai.

Walaubagaimanapun, syarikat tidak dapat menjamin kelulusan mana-mana permohonan visa.

5.3 Fi dan Caj Yang Relevan

Caj Perkhidmatan dan fi visa hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh anggota pelancongan.

5.4 Penolakan Visa atau Dokumen Perjalanan

Jika atas apa-apa sebab, permohonan visa atau permit keluar yang perlu ditolak, tambang pelancongan selepas ditolak fi pentadbiran akan dibayar balik.

5.5 Penolakan Kemasukan

Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti bagi apa-apa perbelanjaan, bayaran ganti atau bayaran balik tambang pelancongan jika mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan masuk atau dideportasikan oleh pihak berkuasa imigresen kerana memiliki barang yang menyalahi undang-undang atau memegang dokumen perjalanan yang tidak wajar atau sebab-sebab lain atau yang kelakuan dan aktivitinya dianggap oleh kerajaan asing itu boleh mendatangkan keburukan.

6. Maklumat Lawatan dan Harga

Harga yang ditunjukkan ialah harga semasa pada masa penerbitan. Maklumat lawatan dan senarai harga merupakan sebahagian daripada brosur. Harga tertakluk kepada pertukaran yang disebabkan oleh kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan lain, kadar hotel, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan sebagainya. Oleh itu, syarikat berhak menaikkan harga dengan syarat, ia memberitahu pelanggan dengan sewajarnya sebelum pengesahan pelancongan dibuat.

Syarikat  bahawa perkara-perkara yang berikut dimasukkan ke dalam tambang pelancongan :

(a) Tiket kapal terbang pergi balik, tidak termasuk cukai lapangan terbang dan apa-apa cukai yang terpakai.

(b) Penginapan hotel, berdasarkan :

     (i) Dasar berkongsi (dua orang sebilik)

      (ii) tambahan seorang (orang yang menginap bersendirian – orang itu hendaklah membayar tambahan seorang) dan

     (iii) berkongsi tiga (tiga orang melancong bersama)

Bagi kumpulan yang terdiri daripada 3 orang, tempat penginapan adalah berdasarkan tiga orang berkongsi satu bilik di mana-mana berkenaan.

Tambang pelancongan kanak-kanak sebagaimana yang diiklankan adalah berdasarkan kanak-kanak yang berumur 3 tahun tetapi tidak melebihi 12 tahun, yang berkongsi bilik kembar dengan dua orang dewasa.

(c) Semua makanan, lawatan bersiar-siar dan perkara lain sebagaimana yang dinyatakan dalam jadual perjalanan

(d) Semua lawatan bersiar-siar dan pemindahan adalah berdasarkan tempat duduk dalam bas.

Perkara-perkara yang tidak termasuk dalam tambang pelancongan adalah :

(a) dobi

(b) makanan dan minuman yang tidak terdapat dalam menu lazim

(c) rombongan pilihan

(d) upah mengangkat barang di lapangan terbang dan hotel; dan

(e) semua perkara persendirian

7. Bayaran Balik Untuk Perkhidmatan Yang Tidak Digunakan

Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat kepada mana-mana anggota berkenaan dengan tambang kapal terbang, penginapan, makanan, lawatan bersiar-siar, pengangkutan atau mana-mana perkhidmatan lain yang termasuk dalam tambang tetapi tidak digunakan oleh anggota pelancongan atas sebab peribadi.

8. Bagasi

Syarikat penerbangan ada memperuntukkan elaun bagasi percuma dan kuantum dan syaratnya mungkin berbeza antara satu syarikat kapal terbang dengan yang lain atau antara satu pihak berkuasa lapangan dengan yang lain. Peraturan ini turut terpakai bagi bagasi yang dibawa sendiri di atas kapal terbang. Ejen pelancongan akan menasihati penumpang tentang syarat-syarat itu. Penumpang dikehendaki membeli perlindungan insurans yang mencukupi.

9. Kemungkinan Pertukaran

Jadual syarikat penerbangan atau keadaan tempatan mungkin memerlukan lawatan bersiar-siar, hotel dan laluan diubah. Jika ini berlaku, syarikat hendaklah membuat perkiraan alternatif bergantung kepada keadaan tempatan.

10. Hak Untuk Menolak Penempahan

Syarikat berhak untuk membatalkan atau menarik balik apa-apa jadual perjalanan, atau tempahan yang telah dibuat untuk pelanggan atau untuk enggan menerima atau mengekalkan seseorang menjadi anggota pelancongan sekiranya dia didapati membahayakan kesihatan atau keselamatan, atau mengurangkan keselesaan atau keseronokan anggota yang lain dalam pelancongan itu. Syarikat juga berhak membatalkan tempahan jika atas apa-apa sebab, mana-mana pembawa, hotel atau kontraktor lain enggan untuk membenarkan mana-mana peserta menyertai pelancongan itu. Dalam mana-mana keadaan sedemikian tanggungjawab adalah semata-mata untuk memulangkan semula kepada anggota pelancongan itu wang yang telah dibayar setelah ditolak amaun perkhidmatan yang telah digunakan dan fi perkhidmatan dan fi pembatalan.

11. Insurans Perjalanan

Semua anggota pelancongan digalakkan membeli insurans perjalanan untuk melindungi diri mereka daripada sakit, kehilangan wang, pembatalan, kelewatan penerbangan atau kehilangan bagasi

 

 
NO.AKAUN BANK

Sila buat pembayaran anda ke atas salah satu no. akaun bank ini sahaja:

 

 Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd

Maybank Tempah

562106630695

Cimb Tempah

8600386093

 






Senarai Nama Peserta dan No. Kad Pengenalan :

  • No.
  • Nama
  • No. IC
  • 1.
  • 2.
  • 3.
  • 4.
  • 5.
  • 6.
  • 7.
  • 8.
  • 9.
  • 10.


Buktikan anda seorang manusia!
captcha

 

 

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.