Tel : 03-55234498 Faks: 03-55244497

MESIR 11H 9M

MUSLIM TOUR MESIR

Pakej : Mesir 11H 9M

Harga pakej bermula : RM5,599 seorang


Jadual Lawatan


Hari 01 : Kuala Lumpur – Cairo

Bertolak dari Kuala Lumpur ke Cairo.

Hari 02 : Cairo (B/L/D)

Dijangka sampai awal pagi . Lawatan diterus ke Masjid Makam Imam Syafie, Sheikh Zakaria Al-Ansori. Lawatan ke Qal’ah Salahuddin Al-Ayyubi kubu pertahanan terbesar di timur tengah dan Masjid Ali Pasha diatas bukit berhampiran Jabal Mukattam yang menjadi rebutan agama Majusi/penyembah api pada zaman Saidina Amru Al-‘Asr. Terus ke penginapan.

Hari 03 : Cairo – Dahab (B/L/D)

Bertolak dari Kaherah awal pagi menuju ke Dahab. Melalui Terowong Ahmad Hamdi (Terusan bawah laut terpenting) menjadi laluan utama perantaraan perkapalan. Singgah di Kubu Pertahanan Israel dan kini menjadi Muzium. Lawatan seterusnya ke Uyun Musa atau dikenali sebagai Telaga Musa. Menginap di hotel Dahab berhadapan Laut Merah. Aktiviti bebas. Melawat ke Bazar Dahab berhampiran hotel.

Hari 04 : Dahab – St. Catherine (B/L/D)

Bertolak dari Dahab menuju ke St. Catherine, antara Gereja yang terbesar di Timur Tengah. Melihat sejarah lembu Samiri, kisah yang disebut dalam Al-Quran pada zaman Nabi Harun dan Nabi Soleh. Melawat Makam Nabi Harun dan Nabi Soleh. Pulang ke hotel.

Optional : Disebelah malam akan mendaki Bukit Tursina, juga dikisahkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran. Di puncak bukit ada tempat Nabi Allah Musa bermunajat selama 40 hari.

Hari 05 : Sinai – Kaherah (B/L/D)

Turun dari Bukit Tursina setelah melihat tempat Khalwat Nabi Musa. Melawat Gereja St Catherine dalamnya terdapat sejarah Nabi Musa dan sebuah telaga.

Pulang ke hotel dan bersiap untuk pulang ke Kaherah

Day 06 : Kaherah – Giza (B/L/D)

Sarapan pagi. Lawatan diteruskan sekitar Giza. Lawatan Wajib ke Piramid yang berusia lebih 5000SM. Di sini anda akan melihat 3 Piramid Utama, “Kufu, Kufra, Mankara” dan lawatan ke Sphinx dan Panorama. LAwatan seterusnya ke Masjid Al-Azhar mercu Pusat Pengajian Talaqqi, tertua di dunia. Melawat ke Makam dan Masjid Saidina Hussin Cucu Rasullullah SAW. Lawatan seterusnya ke Khan el-Khalili iaitu pasar rakyat tempatan yang berusia lebih 650 tahun di tengah-tengah kota Kaherah. Pulang ke hotel.

Hari 07 : Giza – Iskandariah (B/L/D)

Awal pagi bertolak ke Iskandariah penempatan di pinggir laut. Lawatan ke Qaitbey kubu pertahanan Iskandariah pada tahun 1477. Masjid dan Makam Abu Abbas Al-Mursi. Masjid dan Makam Nabi Daniel seterusnya ke Makam Luqman Al-Hakim. Pulang ke Kaherah

Hari 08 : Giza – Fayyoum (B/L/D)

Bertolak dari Giza menuju ke El-Fayyoum. Awal pagi lawatan diteruskan ke Istana Qarun, Melihat sekitar tasik Qarun dan padang pasir. Kawasan ini merupakan kawasan yang pernah dibuka oleh Nabi Yusuf. Pulang ke hotel.

Hari o9 : Giza – Kaherah (B/L/D)

Jejak Rasul melawat ke Makam-Makam Ulama’ , Makam Ahli Bait Rasullullah SAW, Sahabat Rasullullah SAW dan Lawatan ke Masjid-masjid utama di Mesir seperti Masjid Sultan Hassan, Masjid Amru Al-Asr, MAsjid Saiyidah Nafisah. Pulang ke hotel.

Hari 10 : Giza – Kaherah – Airport (B/L)

Free and easy. Bersiap untuk bertolak ke Kuala Lumpur

Hari 11 : Kaherah – Kuala Lumpur

Sampai di Malaysia.

 

***INFO: Cadangan tertakluk kepada perubahan Flight

Berkaitan

Comments

2 Comments to MESIR 11H 9M

Zawifatul Aziyah bt Abdul Rahim
05/08/2016

Masih adakah trip ini..kalau saya nak ground pakej saja boleh tak

Allias
25/08/2016

Boleh nyatakan tarikh/ jadual pakej

Post a comment?

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.